Rumah bermasalah dgn Anai-Anai
Ya, anai-anai menyebakan kerisauan
Manakan tidak..? pintu sudah bergoyang, siling sudah melendoh,...
Sebut sahaja "Pest Control." bertambah pening pula..? mengapa.....?
Pest Control??? nanti hancur pula lantai jubin yg sebegitu cantik....
Wow.!!! akhirnya jadi saperti dibawah
Itu cerita lama..Kami ada kaedah baru,..lubang lebih kecil, bulat dan kemas
Bezakan!..lubang yg ditebuk kemas dan kecil dari 5 sen
lantai yg sedia ditebuk, di masukan larutan anti-aanai sebelum dipalamkan (rumah customer "s")
Walaupun bilik kanak-kanak(customer"y") , ianya dibuat sekemas-kemasnya. In-sya-Allah
Racun Kawalan
Ramuan anti anai-anai yg digunakan untuk rumah sepatutnya ada jenis yg tidak berbau. Bahkan ada tuan rumah mempersoalkan kepekatan larutan (kerana tiada bau racunnya) .
Sila layari Facebook : Kulim anai-anai dan pest control
ANAI-ANAI
Walaupun sebesar jari kekuatannya meruntuhkan sebuah bangunan
Anai-anai adalah
kumpulan serangga (Isoptera) .Terdapat lebih dari 2,500 spesies, dan hanya 300 species dianggap
perosak. Ianya merupakan salah satu perosak di kawasan tropika dan boleh
menyebabkan masalah besar di bidang pertanian, perhutanan dan perumahan
Anai-anai berperanan penting dalam jaringan
ekosistem. Ianya memakan bahan organik mati seperti sisa tanaman, mulsa dan
bahan organik tanah (humus). Namun jika makanan ini tidak sedia ada, mereka
akan makan bahan tanaman saperti sayuran, pokok hiasan,dan pokok kayu (
hidup/kering ) atau produk hiliran saperti kain, kertas perabut dan yang
menakutkan lagi ialah kerangka bangunan/ rumah. Kawasan perumahan adalah contoh
yang tepat membayangkan keadaan dan kesan tersebut.
Anai-anai yang memasuki bangunan di Semenanjung Malaysia
Kajian menunjukan keseragaman serangan di
Malaysia :-
a) Perbandaran …..100% dari genus Coptotermes,(
Coptotermes gestroi, menyumbang 85% daripada semua serangan)
b) Daerah pinggiran-bandar ….64% dari genus
Coptotermes..
Anai-anai spt Globitermes Macrotermes,
Schedorhinotermes juga memberi ancaman terhadap bangunan dinegara ini.
Coptotermes gestroi
Coptotermes gestroi asalnya dari Asia Tenggara.C.gestroi digeruni
dan diumumkan sebagai "anai-anai bawah tanah Asia"(the Asian
subterranean termite). Ianya sangat merosakkan dan menjadi ancaman bagi
struktur bangunan kayu perabut dan buku-buku. C.gestroi memasuki bangunan
melalui rekahan simen dan konkrit. Fitrahnya membuat terowong tanah dan membawa
lembapan kedalam bangunan.
Aktiviti manusia telah menyebarnya
hampir keseluruh kawasan tropika didunia ini. Kerakusan C.gestroi sangat
ditakuti di Amerika Syarikat. Setiap penemuan anai-anai ini wajib dilaporkan
dan pihak berwajib ditugaskan menghapuskan kewujudannya.
Morphologi
C.gestroi ; saperti gelarannya
anai-anai ini bersarang dibawah aras tanah dan tidak berbusut. Panjang kelkatu
C.gestroi dengan sayapnya sekitar 13-14 mm. Kepala-pronotum, dan perut bahagian
atas kelkatu C.gestroi berwarna coklat gelap
Tenteranya merangkumi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada populasinya
. Ia bertindak agresif ketika dicabar dan boleh dicam menerusi sekresi lendir
putih dari ubunnya.
Koloni C.gestroi merangkumi wilayah melebihi 1000 m2
dengan pencapaian jarak sehingga 75m dari sarangnya. Setiap koloni berpopulasi
diantara 1.0 – 5.0 juta. Bagaimana pun sarangnya yang
tidak berbusut sukar dikesani.