Monday, 3 September 2012

Kulim Pest Control dan Anai Anai


Rumah bermasalah dgn Anai-Anai

Ya,  anai-anai menyebakan kerisauan

Manakan tidak..? pintu sudah bergoyang, siling sudah melendoh,... 

Sebut sahaja  "Pest Control." bertambah pening pula..? mengapa.....?

Pest Control??? nanti hancur pula lantai jubin yg sebegitu cantik....



Wow.!!! akhirnya jadi saperti dibawah


Itu cerita lama..Kami ada kaedah baru,..lubang lebih kecil, bulat dan kemas

Bezakan!..lubang yg ditebuk  kemas dan kecil dari 5 sen


lantai yg sedia ditebuk, di masukan larutan anti-aanai  sebelum dipalamkan (rumah customer "s")

Walaupun bilik kanak-kanak(customer"y") , ianya dibuat sekemas-kemasnya. In-sya-Allah

Racun Kawalan 
Ramuan anti anai-anai yg digunakan untuk rumah sepatutnya ada jenis yg tidak berbau. Bahkan ada tuan rumah mempersoalkan kepekatan larutan (kerana tiada bau racunnya) .

 Sila layari Facebook : Kulim anai-anai dan pest control 

 ANAI-ANAI
Walaupun  sebesar jari kekuatannya meruntuhkan sebuah bangunan



Anai-anai adalah kumpulan serangga (Isoptera) .Terdapat lebih dari  2,500 spesies, dan hanya 300 species dianggap perosak. Ianya merupakan salah satu perosak di kawasan tropika dan boleh menyebabkan masalah besar di bidang pertanian, perhutanan dan perumahan



Anai-anai berperanan penting dalam jaringan ekosistem. Ianya memakan bahan organik mati seperti sisa tanaman, mulsa dan bahan organik tanah (humus). Namun jika makanan ini tidak sedia ada, mereka akan makan bahan tanaman saperti sayuran, pokok hiasan,dan pokok kayu ( hidup/kering ) atau produk hiliran saperti kain, kertas perabut dan yang menakutkan lagi ialah kerangka bangunan/ rumah. Kawasan perumahan adalah contoh yang tepat membayangkan keadaan dan kesan tersebut.


Anai-anai yang memasuki bangunan di Semenanjung Malaysia
Kajian menunjukan keseragaman serangan di Malaysia :-
a) Perbandaran …..100% dari genus Coptotermes,( Coptotermes gestroi, menyumbang 85% daripada semua serangan)
b) Daerah pinggiran-bandar ….64% dari genus Coptotermes..
Anai-anai spt Globitermes Macrotermes, Schedorhinotermes juga memberi ancaman terhadap bangunan dinegara ini.

Coptotermes gestroi
Coptotermes gestroi asalnya dari Asia Tenggara.C.gestroi digeruni dan diumumkan sebagai "anai-anai bawah tanah Asia"(the Asian subterranean termite). Ianya sangat merosakkan dan menjadi ancaman bagi struktur bangunan kayu perabut dan buku-buku. C.gestroi memasuki bangunan melalui rekahan simen dan konkrit. Fitrahnya membuat terowong tanah dan membawa lembapan kedalam bangunan.
Aktiviti manusia telah menyebarnya  hampir keseluruh kawasan tropika didunia ini. Kerakusan C.gestroi sangat ditakuti di Amerika Syarikat. Setiap penemuan anai-anai ini wajib dilaporkan dan pihak berwajib ditugaskan menghapuskan kewujudannya.

Morphologi C.gestroi ; saperti gelarannya anai-anai ini bersarang dibawah aras tanah dan tidak berbusut. Panjang kelkatu C.gestroi dengan sayapnya sekitar 13-14 mm. Kepala-pronotum, dan perut bahagian atas kelkatu C.gestroi berwarna coklat gelap  Tenteranya merangkumi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada populasinya . Ia bertindak agresif ketika dicabar dan boleh dicam menerusi sekresi lendir putih dari ubunnya.
Koloni C.gestroi merangkumi wilayah melebihi 1000 m2 dengan pencapaian jarak sehingga 75m dari sarangnya. Setiap koloni berpopulasi diantara 1.0 – 5.0 juta. Bagaimana pun sarangnya yang tidak berbusut sukar dikesani. 


kami bersedia membuat kawalannya  019 442 7523